Menurut pengumuman agensi FNC Entertainment, kumpulan SF9 bergerak dengan lapan ahli tanpa Rowoon.
Menurut agensi tersebut, SF9 yang membuat debut pada 2016 dan aktif sebagai artis agensnya selama tujuh tahun, mencapai tamatnya kontrak pertama mereka pada 18 September.
“Semua ahli SF9 sebelum ini memperbaharui kontrak mereka dengan agensi kami, dan sekarang mereka melangkah lebih jauh dengan lapan ahli tanpa Rowoon.
“Rowoon memberi tumpuan kepada aktiviti peribadi termasuk lakonan,” kata agensi berkenaan.
Dalam pada itu, agensi tersebut meminta peminat terus memberi sokongan berterusan kepada SF9 dan Rowoon.