ARTIKEL

Kunafa pertama di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEBERAPA tahun lalu, pencuci mulut tradisional Timur Tengah, Kunafa tular di Malaysia sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Bagi peminat keju, hidangan kunafa pasti mendapat tempat di hati mereka kerana antara bahan utama yang digunakan untuk membuatnya ialah keju mozarella.

Pemilik AP Stall Fazila Satma Majidi, 30, merupakan peniaga pertama yang nekad menjual kunafa demi memenuhi permintaan penduduk Mukah dan kawasan sekitar.

“Setelah lebih dua bulan saya mengkaji, belajar dan mencuba membuatnya, akhirnya pada awal Julai saya berjaya dan mula menjual kunafa.

“Walaupun banyak kali percubaan untuk membuatnya, saya tidak putus asa kerana ia merupakan permintaan pelanggan yang ingin mencuba merasai kunafa.

“Saya sedia maklum bahawa di Mukah belum ada yang menjual kunafa dan saya mengambil peluang terus meluaskan perniagaan tersebut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Fazila Satma Majidi atau lebih dikenali sebagai Ap mendedahkan bahawa dia menceburi bidang perniagaan sejak 2005.

Dalam masa yang sama, dia juga menjadi vendor kepada peniaga kecil dan menjual pelbagai jenis hidangan di gerai AP Stall.

“Dengan adanya kunafa, ia sekali gus menarik pelanggan untuk merasai dan membeli makanan lain yang ada di gerai saya.

“Alhamdulillah, setakat ini kunafa saya mendapat sam- butan menggalakkan penduduk sekitar Mukah.

“Saya juga pernah ke Bintulu menjual kunafa dan sambutan juga sangat menggalakkan, selepas ini saya merancang ke Sibu dan Sarikei meluaskan lagi perniagaan kunafa,” jelasnya.

EMPAT HIASAN

Ujarnya, dalam sehari dia mampu menjual lebih 50 set kunafa yang mempunyai empat hiasan iaitu biscoff, nutella, keju dan campuran untuk ketiga-tiga hiasan tersebut.

“Kunafa paling diminati ialah campuran biscoff dan nutella.

“Saya akui, bahan untuk membuat kunafa memang mahal kerana ia melibatkan mozarella dan hiasan yang mahal.

“Kadang-kadang bekalan untuk bahan tersebut agak kurang di Mukah,” katanya lagi.

Ap juga mendedahkan dia mempelajari cara membuat kunafa secara dalam talian iaitu dengan mengikuti kelas Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan YouTube.

Ujarnya, walaupun baru memulakan perniagaan kunafa, namun banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Antaranya penerimaan pelanggan dan pertanyaan daripada mereka tentang bahan yang digunakan untuk membuat kunafa.

“Terdapat juga pertikaian harga jualan, tetapi saya menetapkan harga jualan setelah mengira semua kos berkaitan dengan kunafa,” tambahnya lagi.

Justeru, dia berharap agar kunafa bukan sahaja menjadi menu tular, tetapi berterusan sehingga bila-bila dan kunafa AP Stall dapat dikenali di semua tempat.

BERITA LAIN

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Mampu perkasa pelancongan Sarawak

Abang Johari berkata, lokasi pembinaan lapangan terbang sudah dikenal pasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Malaysia Airport

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

Kepengarangan Frankie Latit

ABANG MEDIAN ABANG SAID SIRI 1 BIAR saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu – Abang Median Abang Said – seorang penulis, guru dan ahli PUTERA

BERITA TERBARU