ARTIKEL

Penguang (bekalang, kiri) merakam kenangan pada kunjungan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Marudi. - Foto: UKAS

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak.
 
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata, pada setiap perayaan sama ada Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Hari Gawai atau Krismas, masyarakat Sarawak mengamalkan amalan ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama.
 
“Program seperti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara wakil rakyat, pemimpin masyarakat dengan masyarakat di peringkat akar umbi,” ujarnya. 
 
Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan rumah terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Daerah Marudi pada Khamis.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu menambah, kepelbagaian bangsa dan agama menjadikan Sarawak amat unik di mana masyarakat dapat merayakan dan merasakan kehangatan sambutan setiap perayaan.
 
Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang, dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor, Edward Mendai. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA