Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kunjungi Pameran Seni Autisme 3 hingga 6 November ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Para pelajar Persatuan Autistik Kuching mempamerkan karya seni masing-masing yang akan dijual pada Pameran Seni Autisme.
Para pelajar Persatuan Autistik Kuching mempamerkan karya seni masing-masing yang akan dijual pada Pameran Seni Autisme.

KUCHING: Persatuan Autistik Kuching (KAA) akan mengadakan Pameran Seni Autisme pada 3 hingga 6 November ini untuk mengumpul dana sekali gus meningkatkan kesedaran orang ramai.

Menurut Pengerusi Penganjurnya Connie Yeo Chia Lin, pameran percuma tersebut bertujuan untuk menjual hasil seni karya artis-artis terkenal serta barisan pelajar mereka.

“Lima artis tempatan iaitu Alister Sim, Melton Kais, Ng Paik San, Nia Latif dan Yvonne Yeo Suh Chan telah bermurah hati menyumbangkan karya seni mereka untuk menyokong pameran ini.

“Karya mereka akan dijual pada harga dari RM5,000 hingga RM10,000. Selain itu, hasil seni pelajar KAA turut dijual pada pameran itu termasuk kalendar 2023 bertemakan taman rama-rama dijual pada harga RM15 sekeping.

“Semua karya ini dijual untuk mengumpul dana persatuan serta menampung kos operasi KAA,” katanya.

Connie yang juga Ahli Jawatankuasa KAA berkata demikian pada sidang media Pameran Seni Autisme di sini, hari ini.

Tambahnya, objektif pameran itu juga untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman tentang autisme dalam komuniti khususnya bagi melalukan diagnosis awal, akses kepada bantuan serta sokongan berkesan untuk golongan itu mencapai potensi penuh mereka

Mengulas lanjut, katanya pameran tersebut bakal diadakan di pusat beli-belah The Spring dan akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Sri Dr Sim Kui Hian pada 4 November, jam 3 petang.

“Justeru, diharap orang ramai dan syarikat-syarikat korporat menyokong usaha ini dengan membeli hasil seni yang dipamerkan.

“Untuk makluman kos operasi pusat kami di sini adalah sebanyak RM1.1 juta pada tahun lepas dengan defisit sekitar RM700,000 yang kebanyakan disumbangkan oleh orang ramai.

“Jadi kami perlu menaikkan jumlah pendapatan. Untuk itu, pada tahun hadapan KAA akan menganjurkan pesta makananan dengan tujuan yang sama, mengumpul dana,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap masyarakat akan terus menyokong aktiviti dan program mereka untuk terus mengendalikan pusat tersebut.

Untuk rekod, KAA turut menjalankan pelbagai program terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang menghidap autisme.

Untuk maklumat lanjut, hubungi KAA di talian 082-686363, 010-2636300 (Odilia), 010-2686363 (Kimberly) atau e-mel kaakch@gmail.com

Para pelajar Persatuan Autistik Kuching mempamerkan karya seni masing-masing yang akan dijual pada Pameran Seni Autisme.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan