ARTIKEL

MOHAMAD DURI dan Friday Belik bergambar kenangan bersama-sama Yusup yang memenangi hadiah utama cabutan bertuah bersempena Pesta Roban 2023.

Kunjungi pesta menang motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ROBAN: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan seorang pengunjung yang memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa motosikal sempena Pesta Roban 2023.

Kemenangan Yusup Deget dari Saratok diumumkan oleh ADUN Kalaka Mohamad Duri semasa penangguhan pesta semalam.

Kata Yusup, Pesta Roban kali ini meninggalkan sejuta kenangan manis buat pengunjung dan peserta terlibat secara langsung mahupun tidak.

“Syukur kerana cubaan untuk mendapatkan hadiah utama pada kali ini berhasil.

Saya sangat teruja,” katanya ketika ditemui bersama-sama motosikal jenis SYM Sport 110e.

Beliau turut menyifatkan penganjuran edisi kali ini sangat berjaya.

Selain motosikal, banyak lagi hadiah cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung.

Mohamad yang ditemani ADUN Krian Friday Belik berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pesta Roban sehingga ke penghujungnya.

“Saya boleh katakan kirakira 20,000 pengunjung hadir sepanjang pesta.

“Insya-Allah pada masa akan datang, saya mengharapkan penganjuran yang lebih hebat,” ujarnya.

Pesta Roban menggariskan objektif untuk menjadikan Roban sebuah daerah yang terkenal untuk dilawati pengunjung. “Menjadi salah satu platform untum pemimpin bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat,” kata Mohamad.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Tegas

BERITA TERBARU

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian