ARTIKEL

Kurang kesedaran sivik, MDS tutup laluan feri lama Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Bukan sahaja dijadikan tempat longgokan sampah sarap, malah kemudahan yang disediakan juga musnah dan dibakar.

Keadaan yang menyedihkan itu memaksa Majlis Daerah Sarikei (MDS) menutup laluan masuk ke tapak feri lama Jalan Nyelong di sini.

Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, masih ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan sampah secara haram di lokasi tersebut walaupun sudah diisytiharkan sebagai milik persendirian sejak tahun lalu.

Sebelum ini katanya, pihaknya melakukan pelbagai usaha untuk menghentikan kegiatan berkenaan namun gagal.

“Antaranya termasuklah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), mendirikan papan notis amaran, menyediakan tong RORO, mengadakan program kesedaran cara pengurusan sisa pepejal dan melakukan pembersihan kawasan setiap kali mendapati ada sampah dibuang di lokasi tersebut.

“Semua usaha ini membelanjakan peruntukan yang agak besar termasuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha tersebut katanya, menemui jalan buntu apabila tong RORO yang disediakan musnah dibakar dua kali sepanjang tahun lalu dan CCTV dicuri pada 18 Mei 2023.

Baca lain  Sembilan keluarga sehelai sepinggang

Ketika ini, katanya, MDS melakukan kerja-kerja pembersihan meskipun lokasi itu tanah milik persendirian.

“Pada Disember tahun lalu, MDS juga mengambil keputusan untuk memindahkan tong RORO kerana kegiatan laku musnah, dan sekali lagi memasang papan notis larangan membuang sampah di lokasi tersebut.

“Oleh itu, saya menyeru kepada orang ramai supaya membantu membanteras aktiviti pembuangan sampah secara haram dengan merakamkan gambar atau video mengenai aktiviti itu bagi memudahkan kita mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, aduan atau laporan boleh dihantar melalui e-mel di alamat mdsarikei@sarawak.gov.my kerana kegiatan tersebut hanya akan dapat dibanteras melalui penglibatan dan kerjasama penduduk setempat.

Malah katanya, masyarakat juga perlu mengubah cara pemikiran kerana kebersihan dan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan hidup khasnya generasi akan datang.

“Saya juga menghargai sokongan dan kerjasama Kelab Pemancing Sarikei (SFC) dan pemilik tanah yang memberi kebenaran kepada MDS untuk memasang penghadang besi di laluan ke lokasi tersebut,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual