ARTIKEL

Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 17.

Kurang pengalaman beraksi di gelanggang ‘ring’ punca kekalahan Jojo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, 17, mengaku kurang pengalaman bertarung di gelanggang tertutup antara punca kekalahannya dalam aksi keenam ONE Championship.

Atlet muda yang lebih dikenali dengan panggilan Jojo itu juga mengaku lawannya dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, 35, lebih berpengalaman untuk beraksi dalam gelanggang tertutup selain mempunyai taktik berkesan dalam perlawanan ONE 167 di Impact Arena, Thailand pada Ahad lepas.

“Saya rasa saya kalah kali ini disebabkan pengalaman yang kurang.

“Saya tidak mahu mengajukan banyak alasan mengapa saya kalah tapi perlawanan ini merupakan kali pertama saya bertarung di dalam gelanggang ‘ring’.

“Jadi cara untuk mendekatinya (lawan), beri tekanan kepadanya.

“Saya tidak memandang rendah lawan, tetapi saya terlalu memandang rendah perbezaan gelanggang,” katanya.

Jojo berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada malam tadi (10 Jun).

Anak muda itu bagaimanapun menegaskan beliau akan bangkit semula, dan menganggap kekalahan baru-baru ini sebagai pembakar semangat menjelang perlawanan seterusnya.

“Dengan mengambil iktibar daripada kekalahan sebelum ini, saya akan terus berlatih dan meneruskan komitmen menjelang perlawanan seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada September,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan sokongan tanpa henti.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU