HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kurangkan beban tugas guru 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KULLIN DJAYANG
KULLIN DJAYANG

KUCHING : Kesatuan Guru Sarawak (STU) memandang serius isu bebanan tugas guru yang belum reda walaupun sudah acap kali dibangkitkan oleh kesatuan berkenaan.

Presidennya Kullin Djayang (gambar) berkata,  sudah sampai masanya kementerian yang baharu  mengkaji semula senarai tugas guru agar lebih menjurus kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum sahaja.

Menurutnya, seseorang pendidik yang diamanahkan dengan tugas hakiki harus menepati falsafah pendidikan negara.

“Mereka (guru) ini diberikan kursus yang berkaitan dengan subjek yang bakal diajar di sekolah termasuk latihan dalam bidang kokurikulum.

“Namun, sejak kebelakangan ini banyak guru mendakwa bahawa mereka telah diberikan pelbagai tugas yang kurang relevan di sekolah serta mengisi pelbagai data berkaitan dengan perjawatan guru dan data-data umum yang langsung tiada kaitan dengan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, STU amat mengalu-alukan Menteri Pendidikan yang baharu, Fadhlina Sidek memberi ruang kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) membuat kajian tentang tugas guru yang sebenar di sekolah.

Menurutnya, baru-baru ini timbul isu trend guru bersara awal disebabkan beban tugas yang semakin berat dan perkara itu juga juga harus diselidiki oleh pihak Kementerian.

“Ini kerana kita tidak mahu perkara ini akan berterusan. Setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada puncanya dan punca utama inilah yang harus diambil tindakan segera.

“Kita juga berharap pihak MPPK akan turun ke sekolah sekolah untuk bertanya sendiri dengan para guru dan bukan hanya bergantung kepada data-data atau sumber pihak tertentu  sahaja bagi menentukan kesahihan dakwaan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyatakan sokongan terhadap cadangan berkenaan.

Presiden KGBS Zulkiflee Sebli berkata, MPPK sememangnya telah sedia maklum akan bebanan tugas guru yang semakin bertambah.

“Cuma kita berharap segala dapatan daripada kajian ini dapat dilaksanakan dalam kata lain diberikan jalan penyelesaian. Jangan sekadar kajian dan cadangan tapi tidak diimplimenkan.

“Dengan banyak masa digunakan untuk mengkaji, memberi solusi dan pada akhirnya tidak menjadi kenyataan. Kita sangat- sangat berharap agar segala hasil dan dapatan daripada kajian dapat diambil tindakan segera,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru