ARTIKEL

gambar hiasan

Kurangkan gula cegah obesiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik.

Senario ini menyebabkan lebih ramai tidak mengambil serius soal masalah obesiti menyebabkan ia menjadi salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar di Malaysia. Mengikut statistik, jangka hayat individu obesiti mungkin pendek iaitu lima hingga tujuh tahun — bergantung tahap obesiti pesakit.

Menerusi poster Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Pemakanan di platform media sosialnya, sebanyak 54.4 peratus daripada 23.6 juta rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

Trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia meningkat lebih tiga peratus setiap tahun dari 2011 sehingga 2023.

Lebih buruk, obesiti juga dikaitkan dengan lebih 200 penyakit kronik lain.

Berdasarkan data terkini The World Factbook – Central Intellange Agencie dari 2016 sehingga 2024, Malaysia muncul sebagai negara kedua di Asia Tenggara mempunyai ramai rakyat menghadapi masalah berat badan.

PENYAKIT GLOBAL

Jika 10 tahun dahulu, obesiti hanya dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung.

Tetapi, sejak lima tahun kebelakangan ini, bersandarkan penemuan saintifik baharu, masalah obesiti ternyata penyakit yang membawa kesan buruk ke atas kesihatan.

Malah, ia menyumbang kepada penyakit serius terhadap individu yang terdedah dengan obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes.

Dalam pada itu, Brunei muncul sebagai pendahulu dengan 28.2 peratus rakyatnya mempunyai masalah berat badan, manakala Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi mengutip peratusan sebanyak 19.7 peratus.

Singapura dan Thailand, terikat pada 11.6 peratus di tangga ketiga dan keempat, manakala di bawahnya ialah Filipina, Indonesia, Myanmar, Laos, serta Kemboja.

Terdapat peningkatan kadar obesiti di setiap peringkat umur terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Lebih membingungkan, Malaysia mencatatkan 29.8 peratus kanakkanak di bawah umur lima tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

PUNCA

Disebabkan lipatan lemak pada bahagian badan yang kian bertambah, anda mungkin menyalahkan makanan berlemak sebagai punca obesiti.

Tetapi “penjenayah” sebenar yang patut anda kenali ialah gula — punca gemuk atau sumbernya karbohidrat yang diproses.

Untuk pengetahuan, pengambilan gula melebihi jumlah yang disyorkan membawa kepada peningkatan berat badan dan berisiko menghidap diabetes jenis dua dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Menurut KKM, had pengambilan gula yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO adalah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah keperluan tenaga harian.

Mulai sekarang, boleh kurangkan pengambilan gula dengan mengelakkan snek manis.

Pilih snek berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, kita boleh mengurangkan jumlah gula sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan diri dengan rasa kurang manis.

Semasa makan di luar, pesan minuman kurang manis atau tanpa gula.

Air kosong ialah minuman terbaik untuk menghilangkan rasa dahaga.

Elakkan pengambilan minuman bergas atau berkarbonat dan isotonik terlalu kerap. Minuman ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berasid.

Menurut pakar, minuman berasid akan menyebabkan kehausan pada permukaan enamel gigi.

Paling penting, jangan perkenalkan makanan manis kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan.

Malah, ibu bapa, guru dan orang dewasa juga perlu mengelakkan memberi gula-gula, manisan, biskut dan aiskrim sebagai hadiah atau ganjaran kepada kanak-kanak.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU