ARTIKEL

Kurangkan indeks jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASALAH jenayah dan isu sosial dalam kalangan masyarakat memerlukan langkah penyelesaian tuntas, penggemblengan tenaga semua pihak bukan sahaja kerajaan tetapi komuniti dan keluarga.

Malah, keluarga dan komuniti yang prihatin akan bersedia untuk terlibat aktif dalam usaha mengatasi permasalahan sosial ini dengan lebih berkesan.

Tahun lalu, kadar Jenayah Indeks Malaysia dilaporkan menurun 4.1 peratus apabila 50,819 kes berbanding 52,974 pada tahun sebelumnya, sekali gus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik.

Penurunan indeks jenayah sebenarnya bukanlah bergantung kepada usaha keras pasukan polis semata-mata, namun sokongan dan kesedaran masyarakat adalah elemen terpenting dalam mencapai objektif tersebut. 

Malah, memerangi jenayah turut menjadi tanggungjawab bersama semua peringkat masyarakat, termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat. 

Tidak dinafikan, kesejahteraan dan keharmonian merupakan asas penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang aman, makmur, tenteram dan selamat. 

Untuk membentuk dan mengukuhkan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat dan seterusnya negara, sikap prihatin dalam komuniti perlu disemai dan disuburkan kerana mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

Dalam hal yang berkaitan, kesejahteraan rakyat kekal sebagai satu daripada teras utama bagi memastikan pembangunan yang seimbang selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

Secara umumnya, kesejahteraan rakyat berkait rapat dengan taraf dan kualiti hidup yang merangkumi aspek ekonomi, sosial, fizikal dan psikologi.

Sikap ambil kisah dan peduli terhadap masyarakat yang terlibat dengan permasalahan sosial perlu diperkukuhkan.

Tindakan segera yang sewajarnya seperti menasihati dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab perlu dilakukan.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang perkembangan anak-anak dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah.

Mereka juga perlu mengambil tahu setiap perkembangan atau perubahan anak-anak.

Pendekatan itu secara tidak langsung akan memberi ruang untuk ibu bapa mengetahui rakan anak-anak mereka sama ada sewaktu di sekolah mahupun pun di luar waktu persekolahan.

Peningkatan kesejahteraan rakyat telah dicapai melalui usaha bersepadu oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Sementara itu, program integrasi sosial dan perpaduan terus menjadi platform untuk memperluas interaksi dan penglibatan dalam kalangan rakyat.

Program dan inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menarik penglibatan yang besar di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, beberapa isu dan cabaran masih menjadi kebimbangan termasuk peningkatan beban penyakit, trend jenayah yang sentiasa berubah, perilaku yang tidak selamat, polarisasi sosial dan gaya hidup yang tidak aktif.

Kesimpulannya, keselamatan awam merupakan satu daripada tonggak utama ke arah menjadikan negara maju dan berpendapatan tinggi. 

Malah, persekitaran yang selamat penting untuk mengekalkan kemampanan pembangunan ekonomi serta menjamin kesejahteraan rakyat.

Pelbagai program pencegahan jenayah yang dilaksanakan mampu mengurangkan indeks jenayah namun, usaha itu juga perlu diperkukuh melalui persekitaran hidup lebih selamat dan memastikan kesejahteraan yang berterusan.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan