Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kurangkan konflik antara kerajaan persekutuan dan negeri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Arnold bercakap semasa webinar mengenai Politik Sabah dan Sarawak dalam Konteks Hubungan Persekutuan - Negeri (2008 hingga 2021) menerusi aplikasi Zoom, hari ini.
BERCAKAP… Arnold bercakap semasa webinar mengenai Politik Sabah dan Sarawak dalam Konteks Hubungan Persekutuan – Negeri (2008 hingga 2021) menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

KUCHING: Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kerajaan dapat mengurangkan konflik melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Professor Dr Arnold Puyok berkata, usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua pihak malah dapat memperkukuhkan hubungan antara kerajaan yang selama ini dipengaruhi oleh politik hubungan parti.

“Dengan penubuhuhan jawatankuasa berkenaan, ia dapat meningkatkan komunikasi dan memperbaiki pelaksanaan polisi berkenaan masalah yang timbul melalui perjumpaan secara kerap diadakan.

“Melihat kembali bidang kuasa persekutuan dan negeri dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan, telah
diaksanakan desentralisasi kuasa kepada negeri kerana perkara ini boleh diperhalusi oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kerajaan yang dibentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian, pada webinar Politik Sabah dan Sarawak dapat bekerjasama khususnya dalam Konteks Hubungan Persekutuan Negeri-Negeri (2008 hingga 2021) menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak dan Sabah turut memainkan peranan penting dalam politik Malaysia kerana mempunyai jumlah kerusi yang agak besar dalam konteks nasional.

Baca lain  SIFMA 2022 melabuh tirai, himpun bakat seni tempatan dan luar negara

“Mana-mana entiti politik kerajaan di peringkat persekutuan perlu membuat rundingan antara Sabah dan Sarawak.

“Ini keranan politik Malaysia telah berubah dan bukan lagi dikawal dan didominasikan satu entiti politik terdahulu,” ujarnya.

Menurut beliau yang juga penganalisis politik, keadaan politik negara ini disifatkan lebih dinamik kerana melibatkan perkongsian kuasa dan bukan lagi di bawah kuasa seseorang ataupun sesebuah parti politik.

“Apa yang saya lihat dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak perundingan atau usaha gabungan-gabungan politik untuk memimpin di peringkat persekutuan atau negeri,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru