KUCHING: Kurikulum di institut perguruan dan fakulti pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) harus dikaji dan disesuaikan semula agar seiring dengan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta pembatalan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini.
Penolong Naib Cancelor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Datuk Dr. Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata jika itu tidak dilaksanakan, inisiatif baharu yang diperkenalkan itu tidak akan mencapai matlamatnya.
“Sudah tiba masanya juga bagi pendidik sendiri diberikan latihan intensif dan kefahaman yang jitu berhubung kaedah dan konsep penilaian baharu dalam dunia pendidikan seiring dengan keputusan untuk memansuhkan peperiksaan itu,” katanya mengulas mengenai keputusan kerajaan memansuhkan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini manakala PT3 dibatalkan untuk tahun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata susulan pemansuhan UPSR, pihaknya akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah selain Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Apr 2021