ARTIKEL

Kurma butter mudaratkan kesihatan jika dimakan berlebihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat.

Malahan kurma menjadi satu kelaziman untuk masyarakat Islam berbuka puasa.

Namun apabila ia ditambah dengan bahan seperti butter dan diambil pula dalam kuantiti yang banyak tentulah membawa mudarat berbanding kebaikan.

Mentega atau butter adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu dan kalori yang tinggi.

Sebagai perbandingan satu biji kurma butter sama dengan sesenduk nasi.

Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, tetapi pengambilan yang kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU