ARTIKEL

Kursi Sheikh Othman Sarawak rangka pemerkasaan sosioekonomi masyarakat Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak merupakan permulaan yang lebih serius khususnya dalam menyediakan rangka pemerkasaan sosioekonomi masyarakat Islam di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, apabila berhadapan dengan realiti hari ini Sarawak juga meniti setiap fasa pembangunan dan tamadun seperti yang telah digariskan oleh Ibn Khaldun.

“Menyedari penguasaan ilmu merupakan kemuncak kepada pencapaian tamadun sesebuah bangsa dan negara, maka Kerajaan Sarawak juga telah merangka pelbagai pelan yang menjurus kepada penguasaan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Memorandum Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak antara Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi siaran langsung Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), hari ini.

Tambahnya, penguasaan ilmu terkini juga diperkasakan dengan memberikan tumpuan kepada penciptaan teknologi, inovasi dan pembangunan insan dalam kerangka pembangunan semasa ‘Tamadun Digital’.

“Seperti mana peranan Sheikh Othman Sarawak yang mengutamakan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan anak-anak Sarawak generasi selepasnya bagi mewujudkan modal insan yang berjaya dan seimbang dalam perkara duniawi dan ukhrawi, maka Kerajaan Sarawak juga mencontohi pendekatan ulama ulung tersebut dengan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu.

“Justeru, Kursi Sheikh Othman Sarawak yang ditubuhkan di UKM ini merupakan antara kaedah tuntas yang digerakkan oleh Kerajaan Sarawak dan MIS dalam menyokong sebarang usaha dan prakarsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan,” ujarnya yang turut menyempurnakan pelancaran Kursi tersebut, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha