ARTIKEL

Kursus jurulatih, bangunkan sukan bola sepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Johnny Pang merakamkan gambar bersama peserta Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen D FAM/FAS Tahun 2022.

BINTULU: Penganjuran kursus kejurulatihan bola sepak mampu menjadi pencetus ke arah menggalakkan pembangunan sukan berkenaan di negara ini, kususnya di Bahagian Bintulu.

ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, menerusi kursus itu, ia mampu melahirkan jurulatih berkelayakan sekali gus membangunkan sukan bola sepak.


Halimah menyampaikan cenderahati kepada Johnny Pang.

Katanya, umum mengetahui tugas sebagai jurulatih amat penting kerana ia adalah antara nadi utama sesebuah pasukan bola sepak.

“Saya berharap melalui program-program seperti ini, Bintulu dan Sarawak boleh melahirkan ebih banyak jurulatih yang berkualiti dan menepati kritieria.

“Ini kerana peranan jurulatih amat penting dalam mencungkil bakat kanak-kanak dalam sukan bola sepak,” ujarnya berucap pada majlis penutupan Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen D FAM/FAS Tahun 2022 di TEGAS Digital Innovation Hub, di sini.

Pada masa sama, Pang juga berharap para peserta kursus akan dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang kursus bagi membantu mengembangkan sukan bola sepak di negeri dan Bintulu.

Seramai 23 jurulatih Bintulu, Miri, Mukah, Sibu, Kanowit dan Kuching menyertai kursus enam hari yang bermula dari 12 hingga 17 Disember anjuran Kelab Futsal Top Eight Bintulu dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu(BIFA).

Naib Presiden FAS, Nichol Agoi, Pengarah Teknikal FAS, David Yusop, Presiden BIFA, Suhardi Sidek, , Presiden Kelab Futsal Top Eight Bintulu, Halimah Musa hadir sama.

 

 

BERITA LAIN

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang