Kursus kejuruteraan teknikal pesawat, peluang kerjaya di syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menjangkakan kewujudan permintaan terhadap tenaga kerja sektor penerbangan di masa depan, kini mempelawa belia terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus kejuruteraan teknikal pesawat kendaliannya.

Pendaftaran bagi pengambilan tahun ini dibuka sehingga 15 Julai 2021 untuk kalangan lelaki dan wanita berusia 18-26 tahun serta menepati syarat asas iaitu sijil SPM dengan keputusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains selain kesihatan yang baik.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Luqman Md Azmi berkata, setakat ini terdapat 400 pesawat didaftarkan di Malaysia dan dijangka angka itu dijangka meningkat dalam lima tahun lagi, sekali gus akan mewujudkan permintaan terhadap bakat atau tenaga kerja berkaitan.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan modal insan selain memastikan lulusan Malaysia Airlines ini dipandang tinggi oleh penggiat penerbangan utama di peringkat tempatan mahu pun global.

“Malah, ini juga dapat memastikan (jaminan) kewujudan tenaga kerja yang mencukupi di masa akan datang untuk menampung keperluan pertumbuhan mapan industri ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 08 Mei 2021

Suara Sarawak