KUCHING: Seramai 31 orang individu menyertai Kursus Pengadil Bola Sepak Kelas 3 Kebangsaan 2023.
Kursus tiga hari itu bermula pada 8 Mac dan berakhir Jumaat lalu serta dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak Fitry Johnwayne.
“Kursus tiga hari itu berlangsung di Auditorium Yayasan Sarawak. Penyertaan peserta datang dari beberapa bahagian,” ujar Fitry kepada Arena Suara Sarawak.
Sambil menyatakan peserta terlibat dari Kuching, Sri Aman, Betong, Mukah, Bintulu dan Miri.

Fitry pada masa sama percaya dengan penganjuran kursus seperti ini akan dapat menyediakan barisan tenaga pengadil bertauliah.
“Secara tidak langsung, penganjuran kursus ini mampu menampung keperluan pada setiap kejohanan yang dianjurkan di seluruh negeri ini kelak,” katanya.