ARTIKEL

Dr Rundi berucap pada pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Siri 2 Tahun 2024. - Foto: UKAS

Kursus penguatkuasaan DVS tingkatkan kemahiran dan tanggungjawab pegawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kursus penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) disifatkan penting dalam mempertingkatkan tanggungjawab dan kemahiran para pegawai menangani permasalahan berdasarkan undang-undang.

Menteri Komoditi, Industri Makanan dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata ia bertujuan memantapkan kemahiran para pegawai untuk menangani permasalahan atau isu yang menyalahi undang-undang, terutamanya kes besar yang melibatkan sindiket penyeludupan.

Dr Rundi bergambar bersama para peserta pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Siri 2 Tahun 2024. – Foto: UKAS

“Baru-baru ini kita telah berjaya membanteras penyeludupan lembu bali dari luar Sarawak yang dikhuatiri membawa penyakit kepada ternakan hidup yang berada dalam Sarawak dengan beberapa prosedur untuk mengelak pelbagai penyakit dan sebagainya yang memberi implikasi terhadap bekalan makanan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Siri 2 Tahun 2024 di sini pada Jumaat.

Pada majlis tersebut turut memperkenalkan pakaian seragam DVS yang termaktub dalam Seksyen VPHO 1999.

Dr Stephen berkata DVS masih memerlukan tenaga kerja seramai 566 orang untuk mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara efektif di setiap bahagian.

Namun beliau turut mengharapkan kerjasama padu daripada agensi lain seperti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Jabatan Kastam (JKDM), pihak majlis bandar raya dan agensi yang berkaitan dalam menangani isu atau salah laku undang-undang di bawah DVS.

Ini kerana setiap agensi seperti DVS, MPHLG atau JKDM mempunyai bidang kuasa masing-masing dan melalui kerjasama, ia dapat diselaraskan dalam usaha menangani isu di lapangan.

Selain itu, katanya, penyelarasan bidang kuasa dapat membantu cadangan mewujudkan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan untuk Sarawak sendiri.

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datuk Dr Adrian Susin Ambud, dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau