ARTIKEL

Kursus pentadbiran sukan solidariti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAWATANKUASA Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Wilayah Timur akan menganjurkan Kursus Pentadbiran Sukan Solidariti Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC)/MOM.

Kursus pertama kali seumpamanya dianjurkan di Sarawak itu akan diadakan di Universiti Curtin Malaysia, Miri pada 11 hingga 13 Ogos depan.

Pengerusi MOM Wilayah Timur, Dr KH Tan memberitahu, ia merupakan kali pertama kursus tersebut diadakan di wilayah utara Sarawak. 

Menurut Dr Tan, peminat sukan khususnya di Bahagian Miri termasuk persatuan, kelab harus mengambil peluang bagi menyertai kursus itu kelak.

“Kursus tersebut walaupun pada awalnya dijadualkan pada tahun lepas terbuka kepada semua peminat sukan dan pegawai dari kelab sukan, persatuan, universiti, kolej dan agensi sukan kerajaan,” jelas beliau.

Katanya, kursus berkenaan yang direka untuk membantu pentadbir sukan Majlis Olimpik Kebangsaan, Persatuan & Persekutuan Sukan Kebangsaan (NF) dan badan sukan lain yang bertanggungjawab untuk pembangunan sukan di negeri, bahagian, daerah dan sebagainya ke arah melahirkan barisan tenaga tadbir sukan yang lebih berkesan, cekap, dan profesional. 

Tambah beliau, kursus ini sesuai untuk pegawai yang dipilih, pentadbir sukarelawan, kakitangan serta individu yang terlibat dalam pentadbiran sukan di seluruh dunia, sama ada dalam NOC, NF, atau organisasi sukan tempatan.

“Kita mengehadkan 50 peserta sahaja yang akan menyertai kursus itu kelak.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai penyelaras, Dr Ong Kong Swee ditalian 0168626509.

“Yuran pendafraran RM300 dan individu berminat disaran mendaftar awal sebelum tarikh tutup pada 11 Julai depan,” katanya.

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu