ARTIKEL

KUSKOP perkenal dua skim baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bakal memperkenalkan dua skim baharu bagi melonjakkan pembangunan keusahawanan dan koperasi di negara ini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, dua skim baharu tersebut ialah Skim Pembiayaan Usahawan Kraf yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional dan Program Rangsangan Koperasi Pelancongan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurut Ewon, untuk skim usahawan kraf, pembiayaan yang disediakan adalah maksimum RM100,000 kepada usahawan mikro dalam seni kraf, baju batik, kraf tangan, cenderamata dan perusahaan berkaitan kraf.

“Saya dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing mengadakan perbincangan bagi melonjakkan industri kraf tangan dan batik negara dalam kalangan usahawan kecil.

“Untuk itu, kami bersetuju skim pembiayaan perlu diperkenalkan khusus untuk ini.

Seterusnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2024 juga telah mengumumkan program untuk membantu usahawan kraf dan batik

. “Justeru, skim ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam ucapan pada perasmian Bengkel Sulaman Siling Tradisi anjuran Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS), SIDMA College dan De Osindak, di sini.

Sementara itu, mengulas pakej rangsangan koperasi pelancongan, Ewon berkata sebanyak RM2 juta disediakan oleh KUSKOP melalui SKM bagi menyokong pembangunan sektor pelancongan.

Tambah beliau, pakej itu disediakan melalui rangsangan pembiayaan penginapan inap desa dan rumah tumpangan yang dioperasikan oleh koperasi pelancongan.

“Di bawah program ini, kami membiayai sebahagian daripada harga pakej penginapan yang disediakan oleh koperasi-koperasi pelancongan.

“Ini bererti pelancong membayar harga lebih murah apabila berkunjung dan menginap di inap desa dan rumah tumpangan milik koperasi pelancongan.

“Saya yakin program ini memberi manfaat kepada koperasi pelancongan desa dan merupakan sumbangan awal kita ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026, supaya pelancong berkunjung ke pusat pelancongan milik koperasi,” katanya sambil menambah beliau bercadang untuk melancarkan program itu di Sabah pada awal tahun hadapan.

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah