ARTIKEL

HEBAHAN... Jadual kutipan sampah pukal di sekitar bandar Simanggang.

Kutipan sampah pukal di Simanggang 5 hingga 9 Februari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) menetapkan 5 hingga 9 Februari depan sebagai tarikh kutipan sampah pukal di bandar Simanggang sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

MDSA dalam kenyataan mendedahkan kutipan yang bermula Isnin depan melibatkan kawasan Taman Sri Jaya, Taman Desa Indah, Jalan Hollis, Jalan Brayun, Taman Suria, Taman Makmur dan Taman King.

Sementara pada Selasa, membabitkan kawasan Jalan Pasir Panas, Taman Pasir Panas, Jalan Sabu, Taman Kurniaman, Jalan Sinjor dan Kampung Teratai.

“Pada Rabu pula, kontraktor MDSA akan bergerak ke Jalan Belimbing, Taman Lucky, Taman Loon-Loon, Jalan Batang Lupar, Jalan Tawi Sli, Jalan Kejatau dan Kampung Sri Wangi.

“Untuk Khamis dan Jumaat ditetapkan bagi kawasan Jalan Bayu, RPR Fasa 1, Kampung Muhibbah, Taman Sentosa Indah, Kampung TR. John Ellie, Taman Harmoni, Kampung Temudok, Kampung Temudok Cina serta taman-taman sepanjang Jalan Serian-Simanggang,” kata kenyataan itu.

Justeru, MDSA mengingatkan agar sampah pukal diletakkan di hadapan premis kediaman masing-masing mengikut tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan.

Hanya lori berlogo “MAJLIS DAERAH SRI AMAN” sahaja dibenarkan mengambil sampah pukal.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 083-322066 atau 322072.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.