ARTIKEL

Gambaran Kota Sutera dengan bangunan Burj Mubarak (Foto: Wikimedia)

Kuwait bina kota mega baharu dengan bangunan tertinggi dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUWAIT: Sebuah negara kecil yang indah di tepi pantai Teluk Arab, bakal membina sebuah kota besar baharu yang turut menempatkan bangunan tertinggi baharu bernilai £64 bilion (RM384 bilion) di dunia.

Negara itu semakin membangun sebagai kuasa ekonomi dunia dan tarikan pelancong yang terkenal dengan kehebatan seni bina moden.

Namun demikian, projek terbaharunya, yang dipanggil Madinat Al Hareer atau Kota Sutera, dijangka akan menenggelamkan semua tarikan lain di negara itu.

Kota mega itu pada mulanya dicadangkan untuk menangani masalah kesesakan penduduk di Kuwait.

Bagaimanapun, ia juga dijangka akan menjadi satu lagi pencapaian yang cemerlang bagi kuasa ekonomi yang semakin berkembangan itu, dengan nilai matawang dinar Kuwait yang teringgi di dunia.

Kota Sutera diunjur akan menarik pelaburan yang besar dan diramal akan menyediakan kira-kira 450,000 pelung pekeraan baharu.

Projek itu meliputi kawasan seluas 250 kilometer persegi di Subiya, dengan anggaran kos £104 bilion (RM624 bilion) dan dijadual siap dalam tempoh 25 tahun.

Aspek paling menarik di kota itu nanti adalah rancangan untuk membina bangunan tertinggi di dunia, yang dijangka mengatasi bangunan Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai.

Bangunan Burj Mubarak, yang dibina di tengah Kota Sutera, dijangka setinggi 1,001 meter (lebih 1 kilometer), difahamkan sebagai penghormatan kepada koleksi cerita masyarakat terkenal, 1001 Arabian Nights.

Ia setinggi 234 tingkat dan dapat menempatkan 7,000 orang apabila siap nanti.

Menara itu merangkumi tujuh kampung menegak yang terdiri daripada hotel, rumah kediaman, pejabat dan kemudahan hiburan.

Bagi memelihara kestabilan dan menangani angin kuat yang sering berlaku pada ketinggian berkenaan, bangunan itu direka bentuk dengan tiga menara yang berpanca, masing-masing dipintal 45 darjah.

BERITA LAIN

PM Thailand sambut Songkran di Hua Hin

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, semalam menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai di Hua Hin, bahagian utara negara ini. Dalam hantarannya di platform X,

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap