ARTIKEL

KWSP komited bantu rakyat Sarawak tambah simpanan kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi membantu rakyat di negeri ini menambah simpanan untuk persediaan masa depan.

Demikian jelas Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berkata, ia antara isu yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengetuai rombongan KWSP mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

ABANG JOHARI bergambar kenangan bersama-sama Amir Hamzah Azizan dan rombongan. | Jabatan Penerangan

Beliau berkata, kunjungan hormat ini untuk menerangkan tentang peranan, isu-isu yang dihadapi oleh KWSP serta bagaimana kita boleh bekerjasama untuk membantu rakyat Sarawak menambah simpanan masing-masing.

“Isu ini amat penting memandangkan kita hendak menjaga kesejahteraan rakyat dengan menambah serta meningkatkan kefahaman mereka tentang kewangan,” katanya.

Jelasnya, KWSP komited mahu memperhebatkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi menjaga kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut hadir sama.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU