ARTIKEL

KWSP rangka mekanisme baharu untuk pendapatan persaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mempertimbangkan perubahan kepada mekanisme berupa pencen, dalam usaha membantu ahlinya mempunyai pendapatan pascapersaraan yang lebih stabil.

KWSP dalam satu kenyataan semalam memaklumkan cadangan tersebut, seiring dengan usaha semasa agensi itu menggalakkan ahli untuk memilih pengeluaran bulanan secara berkala berbanding pilihan pengeluaran penuh.

“Pada 2022, lebih 7,000 ahli telah memilih secara sukarela kaedah pengeluaran bulanan ini. Proses untuk menguatkuasakan mekanisme pengeluaran berkala ini sedang diteliti dan akan mengambil kira keupayaan dan kesiapsiagaan ahli untuk melakukan transisi ini.

“Cadangan ini akan melibatkan perubahan generasi yang akan mengambil masa yang agak lama sebelum dikuatkuasakan,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan KWSP itu memaklumkan transisi yang dicadangkan itu perlu, berikutan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia daripada 54 tahun pada 1957 kepada 75 tahun, pada masa ini.

“Purata jangka hayat ini dijangka meningkat di masa hadapan, di mana rakyat Malaysia akan hidup lebih lama dalam tempoh persaraan. KWSP akan terus menggalakkan ahli untuk menukar secara sukarela kepada pilihan pengeluaran bulanan ini,” menurut kenyataan KWSP itu.

Baca lain  Tragedi helikopter TLDM terhempas: PM Anwar ucap takziah

Menurut kenyataan itu lagi, di bawah cadangan tersebut sebahagian daripada simpanan ahli sehingga had tertentu akan ditukar kepada pendapatan bulanan, manakala baki selebihnya boleh dikeluarkan secara penuh.

Ini bagi mengelakkan kemiskinan hari tua dan untuk mengagihkan pendapatan yang lebih tetap sepanjang tempoh persaraan.

“KWSP mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadap cadangan penambahbaikan polisi, seterusnya mengimbangi keperluan ahli semasa dengan keperluan untuk mengekalkan kecukupan simpanan selepas bersara.

“KWSP akan memaklumkan sebarang perubahan berkaitan polisinya kepada ahli yang terlibat sebelum perubahan ini berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan