ARTIKEL

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUSIM haji tiba lagi, berduyun-duyun umat Islam dari seluruh dunia menuju Tanah Suci menyahut seruan Ilahi.

Alhamdulillah bagi mereka yang ditakdirkan Allah SWT dapat mengerjakan haji.

Bagi mereka yang belum tercapai hajat menunaikan Rukun Islam kelima itu, terus sabar dan berdoa supaya Allah SWT memakbulkan segala hajat murni sebagai tetamu-Nya.

Sesungguhnya, ibadah haji di dalamnya terangkum begitu banyak hikmah dan pendidikan yang perlu dihayati dengan bersungguhsungguh.

Setiap rukun dan amalan dalam ibadah haji mempunyai falsafah dan inti pati pendidikan kemanusiaan yang cukup tinggi jika difahami.

Misalnya, ihram melambangkan kesucian.

Rukun haji pertama — memakai pakaian ihram di Miqat sebagaimana yang ditetapkan, kemudian berniat ihram haji.

Sepanjang tempoh berihram, jemaah haji wajib melaksanakan pelbagai peraturan dalam ihram seperti memakai ihram serba putih.

Selain itu, jemaah juga ditegah mengeluarkan tutur kata keji atau kasar, tidak boleh menyakiti binatang, apatah lagi terhadap manusia.

RUKUN HAJI

Dengan erti kata lain, seseorang itu mesti sucikan hati sebersih-bersihnya daripada noda dan dosa.

Hal itu sejajar dengan sebutan kalimah talbiah yang diulang-ulang ungkapannya: “Aku datang penuhi panggilan-Mu, ya Allah! Aku datang penuhi panggilan-Mu.

Tiada sekutu bagi-Mu.

Kedatanganku penuhi panggilan-Mu.”

Kalimah ini seharusnya tidak hanya keluar di bibir, tetapi dihayati makna kalimah itu sedalam-dalamnya.

Ihram juga melambangkan kesaksamaan dan persamaan dalam Islam.

Semua jemaah sama, baik kaya atau miskin, pemimpin mahupun rakyat jelata dan warna kulit.

WUKUF DI ARAFAH Rukun haji wukuf di Arafah perlu diteliti makna tersirat di sebaliknya.

Sepanjang tempoh berwukuf di Arafah iaitu sekitar selama enam jam itu boleh ditafsirkan sebagai “kerja hati” memuhasabah diri dengan membawa hati lebih dekat kepada Allah SWT.

TAWAF KAABAH

Sebagai rukun paling terkenal dalam ibadah haji iaitu tawaf — membawa simbol kemanusiaan, tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.

Apabila seseorang melakukan tawaf pada saat suasana begitu padat dengan jemaah, pasti memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Seandainya emosi tidak dapat dikawal, maka mudah berlaku pertelingkahan dan perbalahan sesama jemaah di hadapan Kaabah.

Allah SWT mendidik manusia bertawaf untuk bertolak ansur dan bijak mengurus emosi.

Jika seseorang itu ikhlas kerana Allah, segala masalah ketika bertawaf dapat dikendali dan dilalui dengan sabar.

SAIE SAFA DAN MARWAH

Manakala, dalam kerja bersaie iaitu berlari-lari anak antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali yang jaraknya sekitar 800 meter itu melambangkan dorongan motivasi diri dalam menyusuri kehidupan.

Untuk hidup bahagia, berjaya dan dirahmati Allah SWT memerlukan pengorbanan, kecekalan, usaha berterusan, tidak berputus asa dan sentiasa yakin akan pertolongan Allah.

Ini elemen pengajaran yang tersingkap dalam bersaie itu. Jika ditinjau dari sejarah linguistik, kata sa’aa bermakna usaha atau bekerja.

Kata sa’aa itu kemudian menjadi as-Sa’yu yang dalam bahasa percakapan harian menjadi saei.

Oleh itu, sesuai dengan makna kata saei itu mendidik umat Islam supaya tekun dan gigih berusaha dan bekerja.

TAHALLUL: BERCUKUR RAMBUT

Tahallul iaitu perbuatan menggunting atau mencukur rambut selepas melaksanakan haji adalah antara rukun haji.

Hal itu dilakukan sebagai penutup daripada larangan ihram.

Tahallul sebenar mengandungi inti pati pengajaran berkaitan saksi kejujuran.

Selama tempoh berihram, seseorang itu patuh dan taat kepada Allah dengan hati yang benar-benar ikhlas.

Hal itu juga mendidik Muslim agar sentiasa jujur dalam kehidupan dan mematuhi perintah Allah.

Rukun terakhir ialah tertib iaitu mengikut urutan dan tidak meninggalkan salah satu rukun.

Bagi wajib haji pula merupakan perkara yang harus dilakukan semasa ibadah haji.

Jika tidak melakukannya perlu membayar dam.

Lima wajib haji ialah niat ihram dari miqat, bermalam di Muzdalifah dan di Mina, melontar jamrah ula, wustha dan aqabah.

Bagi jemaah yang akan meninggalkan Kota Makkah diharuskan tawaf wada’.

Semoga jemaah yang pulang ke tanah air selepas selesai segala urusan ibadah di bumi kecintaan Rasulullah SAW membawa pulang selain gelaran Haji atau Hajah, sebaikbaiknya membawa bersama setiap didikan kemanusiaan yang diterapkan semasa melaksanakan ibadah haji.

BERITA LAIN

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU