ARTIKEL

Pelepasan konvoi Program 'Labour Go Rural Area 5.0' oleh Awang Raduan di Bangunan Sultan Iskandar Kuching, hari ini.

‘Labour Go Rural Area 5.0’ semai kesedaran hak pekerja, peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seluruh rakyat Sarawak, khususnya masyarakat di luar bandar, harus cakna dengan hak-hak pekerja di bawah undang-undang perburuhan negara.

Sejajar dengan itu, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak giat melaksanakan Program ‘Labour Go Rural Area 5.0’ bagi mendekati rakyat di seluruh negeri, terutamanya yang menetap di luar bandar, untuk berkongsi kesedaran.

Awang Raduan (kanan) mengedar risalah kepada penduduk setempat sempena Program ‘Labour Go Rural Area 5.0’.

Di samping itu, mereka juga berkongsi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor selain membuka ruang untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran dan teknikal serta banyak lagi bagi meningkatkan sosioekonomi komuniti terbabit.

Menurut Pengarahnya, Awang Raduan Awang Omar, bagi edisi tahun ini, pihaknya melaksanakan program tersebut bermula 22 hingga 26 Mei ini untuk berkongsi serta memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan pihaknya.

“Program kali ini menjejaki dan menelusuri kawasan Daro, Balingian dan berakhir di Mukah.

“Sebelum itu, kumpulan konvoi singgah di Spaoh dan Debak bagi tujuan pengedaran risalah kepada orang awam dengan harapan memberi manfaat serta kesedaran kepada penduduk sekitar tentang hak sebagai pekerja, peluang pekerjaan dan banyak lagi,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan sesi pelepasan konvoi Program ‘Labour Go Rural Area 5.0’ di Bangunan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Rombongan itu disertai 15 buah kenderaan pelbagai agensi serta jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia, termasuk JTK Sarawak, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Mahkamah Perusahaan Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian, Pertubuhan Keselamatan Sosial, dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Ia memberi peluang kepada agensi serta jabatan terbabit untuk menyantuni penduduk di kawasan setempat serta memberikan penerangan ringkas berkenaan perkhidmatan dan fungsi yang ditawarkan.

Dalam pada itu, Awang Raduan menyeru kepada masyarakat sekitar Mukah untuk tidak melepaskan peluang menghadiri program yang dianjurkan di Dewan Masyarakat Daro esok (23 Mei).

“Kita membawa pelbagai aktiviti seperti ceramah perburuhan, taklimat berkenaan penipuan pekerjaan serta berkongsi peranan pelbagai jabatan dan agensi lain.

“Bukan itu sahaja, pendaftaran MyFutureJobs turut disediakan di Dewan Masyarakat Daro dan Dewan Masyarakat Balingian kepada golongan belia dan pencari kerja untuk merebut peluang yang lebih baik,” ujarnya.

Program jangkauan tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2020 dalam usaha JTK Sarawak menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat di pedalaman dan luar bandar.

Selain itu, ia membuka ruang kepada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan tanggungjawab sosial bersama penduduk di kawasan sekitar.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat