ARTIKEL

Foto: Dr Sim (sembilan kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada Majlis Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di sebuah hotel terkemuka, semalam.

Labur dalam teknologi terkini untuk capai matlamat PCDS 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Agenda pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Sarawak perlu disokong bagi memastikan wawasan untuk mahu ke hadapan dapat dicapai.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia khususnya agenda terkini kerajaan negeri yang melibatkan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Untuk itu, kami menghargai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) kerana terus menyokong dasar yang dibawa oleh kerajaan.

“Pada masa sama, kami mahu ahli-ahli dewan meneruskan sokongan khususnya dalam mempromosikan PCDS 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibaca oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pada Majlis Malam Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Hotel Imperial di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Abang Johari bersedia menawarkan bantuan kepada ACCCIS bagi membantu dari segi penganjuran kursus latihan dan seminar yang sejajar dengan matlamat PCDS 2030.

Ia sekali gus bertujuan meningkatkan daya saing perniagaan tempatan dan transformasi mereka sebagai penyokong ekonomi baharu.

Baca lain  Replika Perahu Nek Pon

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut meminta pemain industri dalam dunia perniagaan menekankan amalan perniagaan yang mampan, di samping memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) seiring dengan evolusi teknologi yang pesat berkembang.

“Dalam menuju ke arah kemajuan, penting untuk mengakui kepentingan amalan perniagaan yang mampan.

“Justeru, saya menggesa usahawan menyokong inisiatif yang mematuhi prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) demi kepentingan bersama.

“Dengan menggabungkan prinsip ESG ke dalam model perniagaan, kita bukan sahaja akan menerima keuntungan lebih tetapi juga menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus yang baik,” jelasnya.

Mengulas mengenai integrasi AI dalam industri, Abang Johari memberitahu, langkah itu bukan sekadar trend tetapi satu keperluan bagi pertumbuhan lestari dan daya saing.

“Saya menggalakkan para usahawan untuk melabur dalam teknologi, memupuk inovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap dunia perniagaan terkini,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,