ARTIKEL

Lada terbaik di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Di samping itu, Sarawak’s Ultimate Pepper menjadi produk utama Brenda yang terdiri daripada produk lada hitam dan putih tulen dalam pelbagai bentuk, termasuk biji kasar dan dikisar halus. 

Tidak berhenti di situ, wanita yang berasal dari Betong, Sri Aman ini turut mengambil inisiatif meningkatkan ilmu perniagaan dan menambah baik produknya.

Dengan itu, Brenda banyak menghadiri kelas serta kursus anjuran beberapa kementerian dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (Nawem), Go Digital Asean dan banyak lagi. 

“Saya juga ahli EXCO MAWiD-Malaysian Association for Women in Digital & Technology yang mengadakan latihan percuma untuk wanita dalam perniagaan di Sarawak untuk sementara pada Februari dan Mac 2024,” dedahnya.

PRODUK HILIRAN

Memandangkan lada Sarawak diiktiraf sebagai terbaik di dunia, maka ia wajar diinovasi kepada produk hiliran lain untuk dipasarkan.

Dengan itu, lahirlah minyak wangi berasaskan lada yang unik dengan menggunakan minyak pati lada tanaman sendiri. 

“Kumang Perfume untuk wanita ialah wangian buahbuahan yang menarik dengan sentuhan rempah ratus campuran lada hitam Sarawak.

“Manakala, Jagat Parfum bauan akuatik berkayu dengan sentuhan segar,” kongsinya kepada pemberita. 

Bagi meluaskan pasaran, produk ini juga boleh didapati di platform Shopee memudahkan urusan pembelian pelanggan di seluruh Malaysia. 

Bahkan, Brenda juga kerap mengambil bahagian secara aktif dalam bazar jualan Borneo Street di Kuala Lumpur untuk memperkenalkan produk warisan Sarawak.

USAHAWAN WANITA

Kumang Jagat bukan sekadar menawarkan produk premium, ia juga mengekalkan tradisi, mengukuhkan komuniti dan berkongsi produk keluaran Sarawak yang unik ke mata dunia.

“Impian saya membantu lebih ramai petani di luar sana melalui perniagaan saya.

“Saya juga menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan berharap saya boleh menyediakan platform kepada golongan wanita untuk lebih maju dari segi ekonomi dan kemahiran,” ujarnya yang mahu membantu lebih ramai golongan wanita. 

Brenda akui, dia mahu setiap wanita bersatu padu mempertahankan keunikan barangan tempatan di Sarawak agar sentiasa mendapat tempat di hati pengguna seluruh Malaysia. 

Difahamkan, Brenda merupakan ibu kepada empat anak lelaki. Kesemuanya melanjutkan pelajaran di universiti dan menetap di Kuala Lumpur. 

Dalam pada itu, Brenda berkata dia kini dalam proses untuk belajar membuat kraf Sarawak. 

“Minat dalam pembuatan barangan Sarawak sangat mendalam kerana saya amat mencintai budaya Sarawak,” ujarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi Brenda di talian 013-9545116 atau e-mail, bjames.digital19@gmail.com.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari