SIBU: Seorang wanita rugi RM600,000 apabila diperdaya ‘scammer’.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Sapri berkata, wanita tersebut, penjawat awam berusia 40-an, menerima panggilan pad Ogos lalu daripada lelaki menyamar sebagai wakil Pos Malaysia di Perak.
Suspek memberitahu dia menghantar bungkusan mengandungi beberapa kad pengenalan.
Wanita tersebut juga menerima mesej melalui WhatsApp memaklumkan dia terlibat dalam penggubahan wang haram.
Mangsa panik dan hanya mengikut segala arahan suspek.
Pada awal Ogos lalu, mangsa memindahkan RM20,000 ke dua akaun yang kononnya untuk pengauditan ‘Bank Negara’.
Tidak lama selepas itu dia diminta mendepositkan lebih banyak wang.
Dia mengeluarkan wang simpanannya dan mendapatkan pinjaman bank, keseluruhannya berjumlah RM580,000.
Wang itu dipindahkan ke lima akaun bank berbeza.
Wanita tersebut menyedari dia ditipu setelah suspek tidak dapat dihubungi lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.