Lagi dua sekolah rendah ditutup di Sibu

SIBU: Dua lagi sekolah rendah turut ditutup berkuat kuasa esok selepas SJKC Methodist, di sini demikian diputuskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebentar tadi.

PPD Sibu berkata, dua sekolah berkenaan ialah SK St Mary dan SK Abang Ali ditutup mulai esok sehingga masa yang akan diumumkan kelak.

“Dimaklumkan bahawa sekolah tersenarai ditutup sehingga dimaklumkan semula selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS), Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu dan PPD Sibu nanti.

Sementara itu, katanya, sekolah-sekolah berikut ini dilanjutkan penutupannya sehingga 26 Mac ini.
“Sekolah-sekolah berkenaan ialah SK Sungai Durin, SK Ulu Durin Kiba, SK Sungai Naman, SK St Rita, SJK Sacred Heart Chinese, SJK UK Daik, SJK Chung Sing dan SK Sentosa,” katanya lagi.

Suara Sarawak