KUALA LUMPUR: Berita gembira buat penyokong setia skuad Kuching City FC (KC FC) menjelang perlawanan suku akhir kempen Piala Malaysia 2022 menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Petra Jaya, Sabtu nanti.
Kemasukan percuma diberikan kepada penyokong atau peminat yang ingin sama menyaksikan perlawanan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, keputusan memberi kemasukan percuma penonton ke stadium pada perlawanan itu sebagai penghargaan kepada mereka.
“Kita amat menghargai sokongan diberikan penonton selama ini.
“Justeru, dengan kemasukan percuma diberikan itu kelak, sekurang-kurangnya ia dapat memberi semangat kepada barisan pemain KC FC berdepan Sabah FC nanti,” tambah Iswandi lagi.

