Lagi penerbangan Sibu dilencongkan ke Miri

KUCHING: Sebuah pesawat dari Kota Kinabalu yang dijadualkan mendarat di Sibu pada pukul 6.48 pagi ini dilencongkan ke Miri.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, pesawat itu dilencongkan ekoran kadar penglihatan adalah 500 meter.

“Berikutan keadaan berkabus dan awan rendah, juruterbang membuat keputusan untuk melencongkan pesawat berkenaan ke Miri.

“Kadar penglihatan normal untuk mendaratkan pesawat adalah 800 meter ke atas,” katanya kepada Suara Sarawak.