ARTIKEL

Lahir belia serba boleh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KEM Jati Diri bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh menjadi salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.

Kem ini juga dapat mendidik murid untuk percaya diri dan sedar akan kemampuan diri.

Melalui aktiviti yang disediakan, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara baharu.

Ia juga menanam sifat keberanian dan kepercayaan dalaman dan intrapersonal.

Kem Jati Diri dikenali sebagai Mukhayyam Khoriji ini dihadiri seramai 71 murid tahap 2 dan 14 guru dari Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching di Putra Sentosa Retreat Camp, Sematan pada 4 dan 5 November lalu.

Dimulakan dengan sesi pembahagian kumpulan, setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua dan membincangkan logo, tema dan army-yell untuk dipersembah selepasnya.

Objektif aktiviti adalah untuk meningkatkan keyakinan dan mendidik murid untuk bekerjasama dalam kumpulan.

Putra Sentosa Retreat Camp terletak berdekatan dengan kawasan pantai Sematan yang dikelilingi pemandangan hijau dan suasana tenang.

Suasana ini mengajar murid untuk meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan Tuhan.

Murid juga berpeluang untuk bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan.

Pendedahan untuk memasak sendiri secara berkumpulan dan mengurus diri tanpa keluarga membina individu yang berdikari.

Pada awal pagi keesokannya, murid dikehendaki melakukan qiyamullail fardi sebagai tarbiyah ruhiyah — membersihkan rohani dan merapatkan hubungan dengan Allah SWT.

Selepas solat subuh dan bacaan ma’thurat, peserta berkumpul untuk memulakan tarbiyah jasadiyah, dimulakan dengan kawad, asas seni mempertahankan diri dan kemudian aktiviti laluan berhalang.

Sesi penutupan berlangsung pada 12 tengah hari dan para peserta membentangkan pengalaman masing-masing sepanjang program ini.

Segala halangan dilalui dalam aktiviti laluan berhalang dianggap sebagai ujian yang ditempuhi semasa membesar.

Setiap murid hendaklah berusaha untuk memahami setiap ujian dan cara mengatasinya.

Semua peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.

Guru besar, Bolhassan Bujang mengharapkan program ini dapat merapatkan ukhuwah murid serta memberi manfaat kepada semua murid untuk bekalan pada masa akan datang.

Beliau juga berharap agar murid Tahun 6 bersemangat untuk meneruskan pelajaran di tahap sekolah menengah nanti.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais