ARTIKEL

Lahir lebih ramai usahawan pelapis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERTUBUHAN badan bukan kerajaan (NGO) tidak seharusnya dijadikan platform berniaga sematamata, namun meluaskan rangkaian dengan melahirkan usahawan baharu. 

Demikian kata, Ketua Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching, Normawati Mohamad Hamden.

 Menurut Normawati, jumlah ahli baharu yang berdaftar pada tahun ini mencapai sasaran iaitu lebih 100, terdiri daripada usahawan muda.

“DUBS didaftarkan pada April 1986 kini mempunyai 1,886 keahlian yang terdiri daripada usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti kontraktor, perkhidmatan, pelaburan, kecantikan, perkilangan, industri kecil sederhana (IKS), peladangan dan sebagainya. 

“Organisasi ini berjuang untuk menyatupadukan peniaga dan pengusaha bumiputera bagi mendapatkan kepentingan serta faedah ekonomi,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hi-Tea di Alia Bonquet Halls, Jalan Muhibah, Kuching barubaru ini. 

Tambah beliau, ahli tidak seharusnya bersikap tunggu dan lihat, namun perlu lebih proaktif serta bertindak menerusi ahli bagi membantu memajukan perniagaan mereka dengan lebih cepat.

Selain itu, katanya, program minum petang yang dianjurkan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli-ahli baharu dan meluaskan rangkaian seluruh Sarawak. 

Ujarnya, ahli baharu boleh mengeratkan hubungan dan menjadikan usahawan ‘otai’ dan jutawan sebagai mentor. 

“Alhamdulillah, saya membawa sedikit pembaharuan dari segi pendaftaran bermula dengan Google Form lebih kepada digitalisasi berbanding tahun sebelum ini,” kata Normawati. 

Objektif utama DUBS ialah menyampaikan mesej tentang pentingnya NGO mengembangkan perniagaan di sekeliling dan sekitar bagi mendapat jaringan yang betul.

“Harapan supaya lebih ramai wanita di kawasan Kuching memohon memasuki NGO kerana ia lebih membantu dalam perniagaan.

 “Ia juga dapat mengubah mentaliti peniaga kecil kerana berada pada lingkungan yang positif.

Malah ia mewujudkan jaringan perniagaan dalam kitaran mereka sendiri,” jelasnya. 

Menurutnya, penekanan yang perlu ahli fahami tidak hanya untuk mendapat peluang perniagaan, tetapi sebagai platform promosi umum.

 “DUBS kini berusia 38 tahun, saya berada dalam DUBS sudah 16 tahun, namun masih rasa diri ini terlalu kerdil kerana dikelilingi nama-nama besar. 

“Saya bermula daripada ahli biasa, kemudian di lantik sebagai AJK, kemudian sebagai Ketua wanita.

Sokongan antara satu sama lain menjadikan NGO ini sangat memberi inspirasi.

“Saya banyak belajar dan bertanya daripada mereka yang telah berjaya,” ujarnya. 

Justeru, ujarnya, DUBS ialah platform terbaik untuk berkembang maju dan terpulang kepada individu itu melihat dan merebut peluang yang ada. 

Menurut Normawati, beliau menyertai DUBS sebagai usahawan baharu yang memulakan perniagaan makanan dan minuman (F&B) pada 2013 dan berdaftar dengan DUBS pada 2010.

 “Tiada masalah saya belajar daripada mereka walaupun tidak sama sektor, saya teruskan tahun demi tahun.

DUBS memiliki 13 cawangan di seluruh Sarawak yang bukan hanya di Kuching, Miri dan Bintulu. 

“Apabila saya lihat orang berjaya, saya pasang niat satu hari saya ingin jadi mereka, akhirnya impian menjadi kenyataan apabila mendapat Anugerah Usahawan Berjaya Enterprise,” katanya melahirkan rasa syukur atas kejayaan tersebut.

 Untuk ahli-ahli persatuan, ujar Normawati, mereka tidak akan dapat bergerak seorang diri melainkan bersama-sama ahli yang lain serta perlu bijak merebut peluang.

 “Jangan segan dan malu bertanya, ringankan mulut bertanya, tiada limit dalam kumpulan kerana sesiapapun boleh tanya apa-apa soalan dalam kumpulan.

 “Justeru, semua usahawan yang sertai persatuan perlu membuka minda.

Ingatlah semua ahli ialah prospek utama yang boleh jadi pelanggan dan dalam konsep berpersatuan, mentaliti mesti diubah,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kepengarangan Frankie Latit

ABANG MEDIAN ABANG SAID SIRI 1 BIAR saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu – Abang Median Abang Said – seorang penulis, guru dan ahli PUTERA

1140 waris keluarga TOK LATIP BERKUMPUL

ENAM waris anak Tok Latap hadir menyempurnakan Majlis Tahlil Perdana Waris Besar Tok Latap Al Banjari Kampung Bako serta Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Mesra

Niosh Sarawak rai anak yatim

SERAMAI 20 anak yatim dan asnaf diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Institut Keselamatanπ dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) di The Waterfront Hotel, baru-baru

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

BERITA TERBARU

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri