ARTIKEL

Lahir modal insan berpengetahuan ilmu agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UNTUK KENANGAN…Awla Dris (duduk tengah) bersama-sama para jemputan dan pelajar terlibat menjayakan program tersebut.

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris menegaskan, minat menguasai atau membaca kitab suci al-Quran perlu dipupuk di peringkat akar umbi.

Pendekatan ke arah itu penting bagi memastikan generasi muda yang juga golongan pelapis lengkap dengan pendidikan selain mampu menguasai tatacara pembacaan yang sempurna.

Sejajar dengan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Abang Man Tahun 2023/1444H yang berlangsung di Masjid Daerah Simunjan semalam.

Sekali gus, tegas Awla program berkenaan amat bertepatan dengan objektif sebenar penganjur.

“Saya percaya, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan anak-anak terutama pelajar sekolah yang telah menamatkan pengajian membaca al-Quran, tetapi menjadi landasan terbaik melahirkan modal insan yang berkualiti menguasai pendidikan agama,” ujar Awla ketika berucap pada majlis tersebut.

Terdahulu beliau menzahirkan rasa gembira terhadap penganjuran program berkenaan yang secara tidak langsung dapat mendekatkan diri seseorang kepada tuntutan agama.

Dengan kata lain, memperdengarkan setiap ayat suci yang dibaca oleh pelajar terlibat dengan program berkenaan dapat berkongsi pengertiannya kepada kita.

“Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran juga akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada llahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan,” tambah beliau lagi.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU