ARTIKEL

Lahirkan generasi fasih digital, berdaya saing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Peralihan terhadap pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) memperlihatkan rata-rata warga pendidik bersedia ke arah pendidikan digital, yang telah diperkenalkan menerusi Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tahun ini, KPM mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ sempena sambutan Hari Guru yang disambut oleh seluruh warga pendidik di negara ini, semalam.

Dasar Pendidikan Digital (DPD) dilancarkan pada 28 November 2023 oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, bertepatan dengan usaha kerajaan melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing, membabitkan warga pendidik dan murid.

Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Wan Azrina Muhamad Zuki berkata, beliau mendapati minat pelajar terhadap aktiviti digital kini semakin meningkat.

“Sekolah saya dilengkapi dengan peralatan digital yang canggih, termasuk papan pintar dan sistem audio-video untuk pengajaran hibrid,” katanya kepada Bernama yang sudah berkhidmat sebagai guru sejak 2002.

Wan Azrin berkata, bimbingan kepada guru juga penting bagi memastikan semua warga pendidik dapat mengadaptasi teknologi ini.

Beliau berkata, penyertaan pelajar dalam pertandingan digital juga semakin aktif, dengan sekolah itu sendiri telah menghantar lima penyertaan dalam pertandingan Imagine Junior Cup, yang dianjurkan Microsoft, yang menunjukkan keterlibatan dan kesungguhan pelajar dalam bidang digital, biarpun kemenangan bukanlah fokus utama.

Senada dengan pandangan itu, seorang bekas guru di SK Coronation Park, Ipoh, Perak V. Krishna Murthi berkata, era pendidikan kini semakin baik, jika hendak dibandingkan ketika beliau mula berkhidmat sebagai guru pada 1989.

Beliau berkata, bahan bantuan pendidikan pada zaman itu juga sangat terhad, sehinggakan perlu bergantung kepada bahan bacaan seperti surat khabar.

“Kini, sesetengah sekolah telah dilengkapi dengan peralatan hibrid, bagi memudahkan para pelajar termasuk guru-guru mendapatkan akses terhadap ilmu pengetahuan dengan lebih jelas,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri