Trending

Lahirkan pemain badminton dari Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Persatuan Badminton Kuching (KBA) akan bekerjasama dengan Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) serta negeri-negeri lain untuk menjalankan program pembangunan badminton khususnya di negeri ini.

Presiden KBA Dr Ong Kong Swee berkata inisiatif itu bagi mengesan bakat dan melahirkan pemain dari Sarawak, yang kemudian boleh diserapkan untuk mewakili negara.

Ong (berdiri, tengah) bersama-sama speaker dan peserta Bengkel dan Forum Sukan Antarabangsa Sarawak merakamkan gambar pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

“Untuk membangun, kita harus berkongsi idea, langkah, latihan dan sebagainya…jadi ini adalah langkah yang baik untuk kami bekerjasama dalam membangunkan sukan badminton di Sarawak dan juga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Bengkel dan Forum Sukan Antarabangsa Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden KLBA Dato Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Pengarah Prestasi Tinggi KLBA Suhaimi Sun Abdullah.

Manakala, Suhaimi berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama dengan KBA, antaranya menerusi Jejak Juara iaitu program pembangunan atlet badminton.

“Kami akan berkongsi dengan Sarawak khususnya KBA supaya kita ada satu ekosistem atau pelan jangka panjang untuk membina masa depan anak-anak kita,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru