ARTIKEL

freepik.com

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat.

Pernahkah kita dengar ungkapan demikian?

Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang lama.

Kenyataan itu mungkin agak stereotaip bagi sesetengah individu, mungkin ada yang dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Pendapat dan pandangan mereka mempunyai maksud tersendiri.

Begitu juga penerimaan individu, ia adalah berbeza.

Terpanggil untuk menulis pojok yang menyentuh soal cabaran hidup zaman dahulu dan realiti masa kini. Pastinya situasi jauh berbeza.

Dari segi pembangunan sahaja, kita sudah boleh buat perbandingan.

Sebagai contoh, di Kuching yang sarat dengan pembangunan. Kawasan Tebingan Kuching dilengkapi infrastruktur dan menjadi tarikan pelancong.

Bukan itu sahaja, banyak lagi yang boleh dibandingkan, misalnya keadaan ekonomi dan kedudukan nilai ringgit, selain harga barangan keperluan. Jika ditanya perbandingan tersebut dengan ibu bapa kita, mungkin mereka bercerita tentang kisah hidup terdahulu.

Cabaran dari segi kewangan dan sebagainya, maka dari situ kita dapat membuat penilaian yang adil.

Gaji mungkin lebih kecil berbanding ketika ini, namun harus diingat dan faham, taraf hidup pada masa itu lebih rendah.

KOS SARA HIDUP

Dengan harga barang yang murah dan berpatutan selaras dengan gaji yang diperoleh diyakini mampu menampung keperluan dan perbelanjaan.

Alang-alang memberi perbandingan, keadaan ekonomi masa kini tidak menentu, malah mempengaruhi harga barang di pasaran.

Bagi saya, jika kenaikan gaji dilaksanakan tanpa melibatkan peningkatan kos bahan mentah dan harga barang, saya yakin kehidupan kita pasti lebih mudah.

Justeru, perbandingan antara kehidupan masa dahulu dan sekarang tidak harus dijadikan topik debat. Bahkan sepatutnya ia dijadikan pengajaran untuk menjalankan kehidupan lebih baik dengan menghargai perjalanan masa lalu.

Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa generasi berusia ini lebih dahulu makan garam, maka sebaiknya ia dijadikan panduan kepada generasi baharu.

Kesimpulannya, tidak salah untuk berkongsi kisah dan pandangan tentang cabaran hidup berlainan generasi.

Asalkan, ia dapat diterima dalam usaha untuk terus memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih positif. 

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

Penghubung kerajaan, akar umbi

SUDAH menjadi pelengkap kampung untuk mempunyai pemimpin yang menjadi penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) — memainkan

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri