ARTIKEL

Lakar sejarah 2,479 peserta, masuk Malaysia Book of Records

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Acara Christmas Carol, Sarawak in Diversity mencipta sejarah tersendiri dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas merekodkan 2,479 peserta bertandang di Padang Merdeka, kelmarin.

Ia sekali gus menyaksikan jumlah peserta melebihi sasaran awal pihak penganjur iaitu 1,500 orang.

Program bermula sekitar jam 8.00 malam itu dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai badan persatuan khususnya daripada pihak gereja, persatuan dan komuniti keagamaan.

Antaranya, Gereja St. Ann; Persatuan Gereja Sarawak; Gereja St Mark; Katedral St Joseph; Gereja Holy Trinity, Gereja Evangelical Sarawak dan Gereja Blessed Sarawak (SECA); Persatuan Ngajat Asal Iban (NGASI); Komuniti Tao; Komuniti Buddha; Komuniti Hindu; Komuniti Sikh dan Komuniti Baha’i.

Majlis bermula dengan upacara memasang lampu pokok Krismas secara besar besaran dengan simboliknya disempurnakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri di Jabatan Premier Datuk Seri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan turut hadir.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hii Chang Kee, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng, Pengarah UNIFOR Datuk Jack Aman Luat dan Ketua Biskop Roman Katolik Kuching Simon Po.


Lagu-lagu yang dipersembahkan ialah O Holy Night, Feliz Navidad, We Wish You a Merry Christmas, Carols of the Bells, Deck the Halls, diikuti 12 Days of Christmas dan Last Christmas, persembahan berakhir dengan We Wish You a Merry Christmas.

Terdahulu, acara anjuran UNIFOR itu disokong oleh TVS dan akan disiarkan di saluran televisyen itu pada 23 Disember ini.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan