ARTIKEL

Laksa Sarawak simbol perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUADAH SINONIM di Bumi Kenyalang — laksa Sarawak diangkat sebagai menu warisan yang mencerminkan perpaduan sempena program FoodUnites: Ini Warisan Kita edisi Sarawak.

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang berkata, usaha menyemarakkan perpaduan perlu diadakan secara berterusan dalam pelbagai kaedah termasuk menerusi makanan.

 Menerusi penganjuran Program Foodunites: Ini Warisan Kita, jelasnya, ia menjadi wadah penting integrasi baharu sebagai platform penyatuan dan pengukuhan interaksi sosial. 

Ujarnya, makanan Malaysia bertindak sebagai satu wadah komunikasi yang menjadi pemangkin kepada penyebaran budaya dan berupaya menyatukan masyarakat dalam keadaan aman damai dan harmoni “Food Unites merupakan tapak integrasi baharu yang diketengahkan sebagai salah satu platform untuk mengukuh jalinan interaksi sosial dan etnik di Malaysia.

“Malah, ia menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Foodunites: Ini Warisan Kita Edisi Sarawak di Tebingan Kuching, baru-baru ini. 

Tambahnya, keunikan makanan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia harus dipelihara, sekali gus dijadikan identiti tersendiri.

“Penting untuk kita semua merai kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan yang boleh merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia.

“Kepelbagaian jenis makanan di negara ini merupakan satu keunikan yang jarang ditemui di negara lain di dunia,” jelasnya.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)