ARTIKEL

Laksana inisiatif bantu bekas pekerja Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIDP) akan berusaha mengurangkan implikasi daripada keputusan Kerajaan Persekutuan menamatkan kontrak Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP).

Menterinya Tan Sri James Jemut Masing berkata, keputusan itu menyebabkan ramai rakyat Sarawak yang bekerja dengan LBU terpaksa diberhentikan.

“Rakyat Sarawak diberhentikan kerja di bawah LBU adalah kesan langsung daripada keputusan Kerajaan Persekutuan yang menamatkan kontrak dengan LBU.

“Kerana penamatan itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) melantik MIDP untuk mengambil alih tugas pemantauan.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, tugas saya untuk mengurangkan kesan disebabkan penamatan yang dibuat oleh KKR ini,” katanya semalam.

Masing memberi maklum balas terhadap kenyataan daripada jurucakap Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mengesa beliau membantu pekerja LBU yang diberhentikan.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Menteri itu mengingatkan jurucakap PSB terbabit supaya memahami peranan kementerian dan tugas seorang menteri.

“Seorang menteri adalah ahli politik yang mengetuai kementerian dan bertanggungjawab membuat serta melaksanakan keputusan mengenai dasar yang terbatas kepada kementeriannya.

“Itulah sebabnya kerajaan mempunyai kementerian yang berbeza diketuai oleh menteri yang berbeza… saya telah dilantik sebagai Menteri MIDP dan bukannya Minister of Everything Sarawak,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap