ARTIKEL

Laksana kajian daya tampung sungai untuk urus pencemaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kini sedang melaksanakan Kajian Daya Tampung Sungai di Sarawak untuk Pengurusan Pencemaran di Lembangan Batang Rajang.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kajian tersebut adalah bertujuan menilai dan menganggar keupayaan daya tampung sungai untuk menampung beban pencemaran serta merangka pelan pengurusan kualiti air sungai tersebut.

“Kerajaan Sarawak melalui NREB menjalankan pemantauan kualiti air sungai ambien secara berskala melalui pelaksanaan Program Pemantauan Kualiti Air Sungai (RWQMP) sejak tahun 1999.

“Pada tahun 2022, berdasarkan pemantauan terhadap 66 batang sungai di seluruh Sarawak, sebanyak 10 sungai adalah dalam kategori Indeks Kualiti Air (IKA) ‘Bersih’, 50 sungai dalam kategori ‘Sederhana Tercemar’, manakala enam sungai dalam kategori ‘Tercemar’.

“Jumlah sungai yang dikategorikan berih dan sederhana tercemar telah meningkat kepada 60 pada tahun 2022 berbanding 44 pada tahun 2012, dan antaranya adalah Sungai Maong dan Sungai Sekama di Kuching, Batang Oya di Mukah dan Batang Tatau di Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada mesyuarat kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta