SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) perlu memikirkan semula cadangan untuk menguatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan sekatan pergerakan yang lebih ketat.
Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (Lakis) Dr Abang Ismail Abang Julhi menyatakan pendirian ia penting demi menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak khususnya.
“Jangan menunggu sehingga kes mencecah 1,000 sehari baharu hendak melaksanakan PKP. “Sepatutnya sekarang terutama di zon merah dan jingga.
Jika hendak diselaraskan seluruh Sarawak, kita fikir rakyat memahami situasi sekarang termasuk para peniaga,” katanya kepada Suara Sarawak semalam selepas ditanya tentang cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan PKP di enam negeri termasuk Sarawak.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 03 Mei 2041