ARTIKEL

Pengagihan air minuman botol kepada penduduk kampung sekitar Limbang

Laku Management, JBALB terus sediakan perkhidmatan air menerusi CSR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: LAKU Management Sdn Bhd bersama-sama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) secara konsisten menyediakan perkhidmatan lori tangki air dan air minuman botol di kawasan kampung di sini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan LAKU hari ini, inisiatif tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Sejumlah 225,000 liter air terawat dan 710 kotak air minuman botol telah diedarkan kepada penduduk kawasan yang terjejas.

Perkhidmatan lori tangki air yang berpusat di kawasan Rumah Kedai Tedungan, khas untuk kegunaan penduduk kampung yang terjejas

“Lori tangki air dihantar ke kampung yang terjejas dan pusat pengambilan air sementara telah disiapkan di kawasan Rumah Kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerja-kerja baik pulih kebocoran saluran paip di beberapa kawasan dikenal pasti sudah dilakukan.

“Pihak kami telah selesaikan membaiki kebocoran paip utama dan diikuti dengan pelepasan air dari paip-paip saluran utama air.

“Kerja pembaikan dijangka akan selesai dalam tempoh 24 jam akan datang, dan setelah selesai, bekalan air akan kembali normal secara beransur-ansur di kawasan terjejas.

“Namun, selepas pemulihan bekalan air, bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor, dan justeru itu, kami akan memastikan kebesihan dan keselamatan bekalan air,” jelasnya.

Dedahnya, antara kawasan-kawasan yang bekalan airnya terjejas adalah Tedungan, Kampung Mengatai, Ulak, Belading, Anak Bukit, Kuala Awang, Binjai, Ipai, Merasam Bumbun, Meritam, Lubok Sigantang/Aur, Telahak dan Kampung Lubok Piasau.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)