ARTIKEL

SEPANG, 10 Feb -- Ketibaan pesawat Batik Air (OD724) diberi sambutan 'water salute' sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Majlis Sambutan Penerbangan Sulung Batik Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul Turkiye hari ini. Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Laluan baharu rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Laluan baharu Batik Air dari Batam ke Kuala Lumpur yang membuat penerbangan terus ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, bakal melonjakkan trafik pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata Indonesia merupakan pasaran pelancongan utama untuk Malaysia berdasarkan hubungan budaya dan ketersambungan yang dikongsi antara kedua-dua negara.

“Kami yakin hubungan ini meningkatkan lagi ketibaan pelancong ketika kami bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Tourism Malaysia.

Beroperasi tiga kali seminggu dengan pesawat Boeing 737, laluan baharu ini menekankan komitmen Batik Air untuk mengembangkan pertumbuhan rangkaiannya di Asia Tenggara, sambil memenuhi peningkatan permintaan untuk perjalanan intraserantau.

Tourism Malaysia berkata, penumpang yang tiba dalam penerbangan sulung itu, disambut oleh Ammar bersama-sama wakil daripada Batik Air dan Malaysia Airport Holdings Berhad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata pengenalan penerbangan terus dari Batam ke Kuala Lumpur merupakan langkah strategik untuk mengembangkan kehadiran syarikat penerbangan itu di pasaran utama.

“Laluan baharu ini membolehkan penumpang dari Batam menyambung ke rangkaian penerbangan Batik Air yang semakin berkembang ke 53 destinasi merentasi 22 negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Tourism Malaysia, Indonesia menduduki tempat kedua dalam 10 pasaran tertinggi di ASEAN yang menjana pelancong ke Malaysia, menyumbang 2.8 juta ketibaan antara Januari dengan November 2023.

Laluan baharu itu dijangka merancakkan lagi pelancongan antara kedua-dua negara, selaras dengan sasaran Malaysia menerima 27.3 juta pelancong pada 2024 dan menjana pendapatan RM102.7 bilion, katanya.

Tourism Malaysia berkata dengan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan ketibaan 35.6 juta pelancong asing yang mengunjurkan hasil RM147.1 bilion, pelancaran laluan baharu itu menandakan langkah positif ke hadapan dalam mengukuhkan hubungan perjalanan MalaysiaIndonesia. – Bernama 

BERITA LAIN

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman