ARTIKEL

Laluan ditutup, Bazar Aidilfitri Satok mula beroperasi hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Laluan di sepanjang Mita Cake House Satok sehingga ke Hartz Chicken Satok ditutup sementara sehingga 21 April depan.

Menurut Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Mohamed Khaidir Abang, ia bagi memberi laluan kepada penganjuran Bazar Aidilfitri Satok 2023.

“Dimaklumkan bahawa bazar tersebut mula beroperasi pada hari ini, 5 sehingga 21 April depan.

“Ia diadakan di sepanjang jalan dari Mita Cake House Satok sehingga ke Hartz Chicken Satok, dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Oleh yang demikian, laluan sepanjang kawasan berkenaan adalah ditutup sementara sepanjang tempoh bazar itu beroperasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, bazar tersebut sememangnya popular dalam kalangan masyarakat di sini kerana setiap tahun ia dibuka selama dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bazar itu menjadi tumpuan utama orang ramai membeli kelengkapan, ia menawarkan pelbagai barangan keperluan termasuk songkok, baju melayu, baju kurung, biskut dan banyak lagi.

Tahun ini, dilaporkan lebih 60 gerai jualan dibuka di bazar tersebut dan dibahagikan kepada Zon A, Zon B dan Zon C.

Sekiranya ada pertanyaan atau kemusykilan, hubungi Bahagian Perhubungan Awam, DBKU di talian 082-512200 atau emel ke prd@dbku.gov.my.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU