ARTIKEL

Presiden Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee Liang Chat.

Laluan penerbangan Jakarta, Surabaya, Bali, Medan ke Kuching lonjak ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak diharapkan untuk menggubal dasar penerbangan yang lebih liberal dan terbuka dalam usaha untuk meningkatkan hubungan udara dengan pelbagai destinasi di rantau ASEAN.

Presiden Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee Liang Chat berkata, langkah ini diambil dengan harapan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di Sarawak dan membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negeri tersebut.

Beliau menggariskan kepentingan kehadiran lebih banyak syarikat penerbangan di Sarawak, memandangkan permintaan untuk penerbangan di rantau ASEAN terus meningkat. 

“Justeru, syarikat penerbangan tempatan dan asing perlu mempertimbangkan laluan dari bahagian berlainan di rantau ini. 

“Ini dijangka dapat memberi manfaat kepada pelawat dari negara lain serta meningkatkan sambungan antara komuniti tempatan,” katanya kepada Suara Sarawak,  hari ini. 

Menjelas lanjut katanya, salah satu tujuan utama dasar baru ini adalah untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan sambungan yang lebih cekap kepada pelawat dari pelbagai destinasi. 

“Dengan pelbagai ketibaan syarikat penerbangan dari seluruh rantau ASEAN, dijangka bahawa sambungan semasa yang tidak cekap untuk tiba di Sarawak akan diperbaiki secara ketara.

Baca lain  Dagangan borong, runcit meningkat

“Penerbangan lebih banyak dari destinasi berbeza juga dijangka memberikan dorongan kepada pelbagai sektor ekonomi, termasuk industri hotel, makanan dan minuman, serta sektor pelancongan,” ujarnya. 

Dengan meningkatnya jumlah pelawat, katanya pelbagai industri berkaitan di Sarawak dijangka akan mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru syarikat penerbangan di Indonesia untuk menawarkan lebih banyak penerbangan terus dari negara itu ke Sarawak.

Katanya, Kerajaan Sarawak mengalu-alukan sekiranya terdapat syarikat penerbangan mahu menambah atau membuka laluan baharu dari Jakarta, Surabaya, Bali dan Medan ke Kuching.

Ujarnya sekiranya perkhidmatan itu ditawarkan , ia boleh menjadi penerbangan feeder bagi Hab Umrah Borneo yang berlepas dari Kuching yang dijadual bermula bulan depan.

“Di pihak Kerajaan Sarawak), kita juga berharap agar Malaysia Airlines juga mempunyai laluan sama,” katanya.

Setakat ini hanya AirAsia yang menawarkan penerbangan terus dari Jakarta ke Kuching manakala laluan Kuching-Pontianak yang terhenti ketika pandemik COVID-19 masih dalam proses untuk diaktifkan semula.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland