ARTIKEL

KENANGAN… Harrison bergambar kenangan bersama-sama rombongan yang diketuai Raden di Pontianak.

Laluan penerbangan Kuching-Pontianak perlu aktif semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Laluan penerbangan udara antara Kuching dengan Pontianak yang dilihat sangat signifikan perlu diaktifkan semula.

Menurut Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono, ia sebagai pilihan penduduk di kedua-dua bandar meningkatkan perjalanan melalui penerbangan terus.

Katanya, sebelum ini memang ada, namun laluan itu digantung ekoran pandemik Covid-19 sehingga kini.

“Walaupun pengangkutan awam melalui darat dari dua pintu masuk utama sempadan Tebedu-Entikong dan Biawak-Aruk disambung semula, tetapi kita mengharapkan pengaktifan semula penerbangan antara Pontianak dan Kuching,” katanya.

Jelasnya, beratus ribu penduduk Kalimantan Barat mendapat perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan di Kuching.

“Ini tidak dapat dinafikan. Justeru perjalanan melalui udara bukan sahaja lebih pantas, malah menawarkan keselesaan lebih baik.

“Kini, penduduk kedua-dua negara berulang-alik melalui laluan darat antara Pontianak-Kuching- Pontianak melalui pintu masuk Tebedu-Entikong dan Singkawang-Kuching-Singkawang melalui sempadan Aruk-Bintawa di Lundu.

“Jika ada penerbangan terus seperti sebelum ini, saya percaya ia turut meningkatkan potensi pelancongan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM),” ujarnya.

Tambah Raden, peningkatkan pergerakan rakyat antara Indonesia dan Malaysia juga akan menambah baik hubungan baik dalam aspek lain seperti sosial, budaya, perdagangan, ekonomi serta pelaburan.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA