ARTIKEL

Laluan perairan Batang Lassa ditutup sementara 3 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Sebahagian laluan perairan Batang Lassa berhampiran Jeti Jambatan Muara Lassa di sini akan ditutup sementara selama sembilan jam pada 3 Oktober ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Pertandingan Memancing Muara Lassa Daro.

Penutupan berkenaan dijadualkan bermula 7 pagi hingga 4 petang, dengan kawasan pertandingan membabitkan zon memancing yang dianggarkan dalam lingkungan satu kilometer dari jeti berkenaan, menurut kenyataan Pengawal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), hari ini.

“Sehubungan itu, semua pengemudi bot dan kapal, pengguna sungai serta orang awam diminta mengambil langkah berjaga-jaga ketika melalui kawasan berkenaan sepanjang tempoh penutupan.

“Pengguna laluan air turut dinasihatkan mengurangkan kelajuan serta memastikan pergerakan bot atau kapal dilakukan dengan cermat apabila menghampiri kawasan yang ditetapkan sebagai zon pertandingan,” katanya.

Arahan berkenaan dikeluarkan bagi mengurangkan risiko pertembungan atau kejadian tidak diingini, memandangkan aktiviti pertandingan dijangka melibatkan pergerakan peserta dan bot di sekitar perairan berkenaan.

Orang ramai yang menggunakan laluan Batang Lassa pada tempoh tersebut juga diminta mematuhi arahan dan panduan yang diberikan petugas di lokasi.

Kerjasama semua pihak, khususnya komuniti perkapalan dan pengguna sungai, amat diperlukan bagi memastikan kelancaran kawalan trafik air serta keselamatan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

Edisi pertama Pertandingan Memancing Muara Lassa Daro dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda PBB N.43 Daro dan berlangsung di kawasan berhampiran Jeti Jambatan Muara Lassa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i