Trending

LAMBAIAN MUHARAM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Muharam, kau tetap berada di sisiku tepat masa dan waktu
kerana aku terus merindumu selepas berakhirnya Zulhijah.
Muharam, kami tetap sujud beramal dan berdoa
moga kami terus berada di sisi-Mu.

Muharam, engkau bulan yang dicipta
sekiranya kami mematuhi dan taat sebagai umat kau pembawa berkat serta rahmat.
Jika kami terlewat barang sesaat
seperti selalu kami bertaubat dan bertaubat andai kami lapar
kami rela dari terbakar
kami mohon ampun ya Allah
tetapkanlah kami di jalan lurus-Mu
dan terimalah taubat kami ya Allah
pasrah jiwa raga
pada Allah Yang Maha Esa.

Muhamad Bohari 7 Julai 2023.

HIJRAH

Mentari pagi tersenyum girang
memesrai hari memancar terang
sehangat peluk kasih bonda masih terasa memelihara kesantunan adat menelusuri adab.
Hidup ini adalah perjuangan
perubahan atau masih di takuk lama menakwil kasih atau menghindar sayang menekuni indah atau mengharungi hijrah ujian yang diberi maha kuasa.
Hijrah dibugar
aspirasi dalaman mekar menyala menikmati nikmat ilahi
seindah diksi taubat di sisi.

Aida Nor Jumilah Abdullah Endau
1 Julai 2023

MENUNGGU

Lebat hujan di laman jiwa mengusir gerimis halus lampu di anjung atma malap menunggu padam.
Muharam ini
langit kelam
nebula suram
buruj dan rasi
tidak bertemu titik serasi.
Bulan kesumba
muncul tiba-tiba
berubah menjadi ungu
dia yang menunggu
bagaikan kucing dungu mungkinkah akan bertanduk?

Dayang Azizah M.Salleh Betong, Sarawak
1 Julai 2023.

AWAL HIJRAH

Tahun baru deru siru esok lusa alir masa.
Cepat sungguh tepat suguh malam siang galak riang.
Gelut alpa kian lupa tentang amal renyuk kumal.
Jelang Hijrah tentu arah pasti kiblat usir ralat.

Kukuh iman kekal aman jiwa raga tuju syurga

PARIDAH ISHAK Desa Melor Serendah 18 Julai 2023.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

Airul Affendi Ali September 2023 Puchong, Selangor. PANTUN RAKYAT NEGERI

ANAK MERDEKA

MUSALMAH 31 OGOS 2023 Anak Merdeka saban hari, saban purnama

Demi Malaysia

Kita bertiga dalam genggaman setiaberdiri di bawah satu benderadan sebuah

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada